Perlembagaan
MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menyedar tentang kepentingan menjaga dan menyayangi alam sekitar supaya alam sekeliling tidak dimusnahi.
OBJEKTIF
- Memberi bimbingan dan kesedaran mengenai alam sekitar kepada para pelajar.
- Memberi maklumat dan mendidik para pelajar agar prihatin terhadap alam sekitar.
- Melatih pelajar-pelajar dalam mengembangkan minda mereka ke arah alam sekitar yang lebih baik melalui aktiviti yang berterusan.
- Memberi kefahaman kepada para pelajar akan usaha Kerajaan dalam mengawal dan mencegah pencemaran alam sekitar.
- Menyemai rasa kasih dan saying terhadap alam persekitaran dan keindahan yang dikurniakan oleh tuhan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
Pengerusi
- Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
- Memeliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
Setiausaha
- Menguruskan hal-hal surat mesyuarat.
- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
- Mencatat kehadiran ahli
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
Bendahari
- Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
- Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.
Ahli Jawatankuasa
- Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
- Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke masa.